Selasa, 14 Disember 2010

HARI MESRA MPS, DAN MAJLIS BERKHATAN ANJURAN JKP ZON 13 & 14

Hari Mesra MPS JKP Zon 13 & 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Dewan JKKK Kg Baru Batu Caves, disini pagi semalam.



Ustaz Hasbullah Ridzuan Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 13, berkata selain mengadakan hari mesra MPS, diadakan juga Pertandingan Futsal, manakala seramai 45 orang kanak-kanak telah menyertai Pertandingan Mewarna diantara umur 5-12thn bagi mengcungkil bakat mereka yang sedia ada.

Disamping itu, diadakan juga majlis penyerahan sijil kepada AJK JKP yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik selama berkhidmat di zon 13 & 14 dan memberi sijil penghargaan kepada agensi Kerajaan yang berterlibat dalam program ini.

Menurutnya lagi, Kaunter pemeriksaan kesihatan juga dibuka untuk rakyat yang hadir,
mereka diberikan rawatan kesihatan pecuma dan paling meriah sekali diadakan Majlis berkhatan Tradisional beramai – ramai. Seramai 36 orang kanak – kanak diantara umur
7-12 tahun telah menyertai majlis tersebut.

Bagi memeriahkan majlis ini semburan air kepada kanak-kanak telah dilakukan untuk menyejukkan mereka sebelum majlis berkhatan dilaksanakan.

Mereka diiringi dengan menaiki lori dan irama kompang untuk mengelilingi di
sekitar Kawasan DUN Batu Caves.

Ustaz Hasbullah berkata “Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pihak terutamanya penduduk sekitar zon 13 dan zon 14 MPS, Bomba, Polis, Pejabat Kesihatan maka program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengira parti. Semoga program yang dianjurkan oleh JKP/MPS untuk menyatukan rakyat terus dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak”, ujarnya.

Ibubapa gembira diberi peluang untuk bersalaman dengan pimpinan disini terutamanya ADUN Batu caves, Ahli-ahli Majlis Zon 13 & 14 MPS, Ketua-Ketua Kampung, Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Taman dengan perjumpaan seperti ini kami dapat mengenali saf-saf pimpinan di zon kami.

“seorang pengunjung berkata agar dapat mengekalkan adat istiadat melayu. Lagipun program ini dibayar dengan murah sahaja dengan harga RM60. Kalau diklinik swasta sudah pasti harganya RM150 seorang. Dengan pendapatan ibubapa mungkin tidak mampu untuk membiayai kos tersebut”.

Selasa, 30 November 2010

BAIK PULIH LONGKANG JALAN BUNGA RAYA 2

KAMPUNG BARU: Kerja-kerja Membaikpulih Longkang sedang dijalankan di Kampung Baru Batu Caves Jalan Bunga Raya 2.

Kerja-kerja yang sedang jalan ini adalah hasil ADUAN dari JKKK Kampung Baru Batu Caves yang sekian lama tidak naik taraf Longkang disekitar kampung tersebut.

Pihak JKP Zon 14 MPS mangambil langkah segera untuk membaikpulih dan naik tarafkan Longkang-longkang tersebut.

Isnin, 1 November 2010

LAWATAN KE TAMAN BATU CAVES

TAMAN BATU CAVES: Lawatan Ahli Majlis Zon 14 ke Taman Batu Caves, Bersama dengan Persatuan Penduduk Taman Batu Caves.

Lawatan dibuat diatas Aduan orang ramai dan Persatuan Penduduk Taman Batu Caves, Permasalahan yang diadukan ialah Kerosakan seperti:

1. Longkang Pecah.
2. Permohonan Pembesaran Longkan.
3. Lampu Jalan Rosak.
4. Pembinaan diatas tanah rezab.
5. Padang yang daif.
6. Taman Permainan Rosak.
7. Pemohonan Bonggol di Jalan 4 dan 8.
8. Permohonan Pembesaran Longkang.
9. Jadual Waktu Kutip Sampah.

Ahad, 24 Oktober 2010

MESYUARAT JKP KALI KE-2

ZON 14 MPS: Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 14, Di Dewan Balai Raya JKKK Kampung Melayu Batu Caves.

Kehadiran 11 orang Ajk (JKP) Terdiri Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi Taman.

Pada tarikh: 22 Okt 2010
Pada Jam: 9:30 Malam


Gambar oleh: Mohammad Iqbal

.