Rabu, 27 April 2011

PELANCARAN PROJEK 100 HARI MPS

Gambar sekitar Pelancaran Projek 100 Hari Sasaran Kerja Suku Tahun ke-2 Bagi Majlis Perbandaran Selayang.

Yang dirasmikan oleh YB Amiruddin Shari Ahli Mesyuarat Dewan Undangan Negeri ADUN Batu Caves, Di lobi Menera Majlis Perbandaran Selayang.


Isnin, 18 April 2011

LAWATAN DI KAMPUNG MELAYU

Tuan Azizul, Turun melawat di Kampung Melayu Batu Caves yang bermasalah longkang runtuh dibelakang rumah Pengerusi JKKK Kg.Melayu.

Menurut En. Khalid, Apa bila hujan lebat turun longkang ini akan runtuh kerana longkang ini dekat dengan sungai Batu dan air sungai juga mengalir masuk di kampung.


Selasa, 12 April 2011

LAWATAN DI TAPAK PROJEK TERBANGKALAI

Tuan Azizul (Ahli Majlis Zon 14) MPS, melawat di tapak projek terbangkalai di Taman Amaniah dan Kampung Baru Batu Caves, Menurut Hj. Adnan Ketua Kg. Baru, Masalah disini adalah Longkang yang tersumbat akibat pembuangan sisa-sisa bahan binaan.

Laluan dari longkang kecil tidak sampai di longkang besar, ini menyebabkan berlakunya banjir rumah-rumah yang berada di sekitarnya dimasuki air setinggi 2-3 limir, Masalah ini sudah hampir 4 tahun yang lalu tetapi sampai sekarang kami tidak tahu dimananya Pemaju menghilangkan diri.


Ahad, 10 April 2011

PROGRAM MES DI TAMAN SELAYANG

Ahad: Tuan Mohamad Azizul Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 14) melawat ditapak Kaunter Merayatkan Ekonomi Negeri Selagor (MES) di Pasar Malam Taman Seri Selayang,

Tuan Azizul Berkata, Program sebegini harus diadakan ditempat tempuan orang ramai seperti Pasar pagi, Pasar Malam dan di Pasaraya atau pusat belibelah.

ini kerana ramai lagi rakyat negeri selangor tidak mengetahui Progam MES ini, Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah banyak memberi kemudahan kepada rakyat.