Ahad, 1 Mei 2011

GOTONG ROYONG CEGAH DENGGI TAMAN BATU CAVES

BATU CAVES: Sikap penduduk yang kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan termasuk melibatkan diri, keluarga dan tempat tinggal dalam aktiviti pencegahan menjadi punca utama kepada penularan kes denggi yang semakin meningkat.

Pihak Jawatankuasa Penduduk Zon 14 MPS berkerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Batu Caves Mengadakan Gotong Royong Perdana Cegah Denggi, Setakat ini dilaporkan sudah 10 Kes Denggi telah berlaku di Taman Batu Caves.

Ini yang selalu kita perhatikan, masyarakat selalunya akan membiarkan tayar-tayar lama, botol kosong, bekas plastik atau lain-lain bekas yang berpotensi untuk pembiakan aedes di merata-rata tempat. Walaupun mereka sedar bahawa air bertakung boleh menjadi tapak pembiakan nyamuk aedes.

En Azahar
Pengawai Kesihatan Daerah Gombak berkata: "Selagi pihak penguat kuasa tidak datang menyaman, mereka tidak akan mempedulikan perkara itu,"

Pada masa yang sama, pencegahan ini tidak akan berjaya sekiranya orang ramai tidak berperanan memastikan kawasan sekitar mereka bebas daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Pada peringkat Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan dan agensi lain, pelbagai tindakan telah dilakukan bagi mencegah denggi termasuk aktiviti promosi, pengesanan kes, rawatan pesakit dan penguatkuasaan.

Namun semua itu tidak akan berjaya jika orang ramai sendiri tidak prihatin dengan aspek kebersihan kediaman mereka. Kesibukan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak berbuat demikian,”

kerja membanteras aedes ini bukan kerja satu pihak saja sebaliknya semua pihak harus berganding bahu dalam menangani denggi daripada terus merebak.



Rabu, 27 April 2011

PELANCARAN PROJEK 100 HARI MPS

Gambar sekitar Pelancaran Projek 100 Hari Sasaran Kerja Suku Tahun ke-2 Bagi Majlis Perbandaran Selayang.

Yang dirasmikan oleh YB Amiruddin Shari Ahli Mesyuarat Dewan Undangan Negeri ADUN Batu Caves, Di lobi Menera Majlis Perbandaran Selayang.


Isnin, 18 April 2011

LAWATAN DI KAMPUNG MELAYU

Tuan Azizul, Turun melawat di Kampung Melayu Batu Caves yang bermasalah longkang runtuh dibelakang rumah Pengerusi JKKK Kg.Melayu.

Menurut En. Khalid, Apa bila hujan lebat turun longkang ini akan runtuh kerana longkang ini dekat dengan sungai Batu dan air sungai juga mengalir masuk di kampung.


Selasa, 12 April 2011

LAWATAN DI TAPAK PROJEK TERBANGKALAI

Tuan Azizul (Ahli Majlis Zon 14) MPS, melawat di tapak projek terbangkalai di Taman Amaniah dan Kampung Baru Batu Caves, Menurut Hj. Adnan Ketua Kg. Baru, Masalah disini adalah Longkang yang tersumbat akibat pembuangan sisa-sisa bahan binaan.

Laluan dari longkang kecil tidak sampai di longkang besar, ini menyebabkan berlakunya banjir rumah-rumah yang berada di sekitarnya dimasuki air setinggi 2-3 limir, Masalah ini sudah hampir 4 tahun yang lalu tetapi sampai sekarang kami tidak tahu dimananya Pemaju menghilangkan diri.


Ahad, 10 April 2011

PROGRAM MES DI TAMAN SELAYANG

Ahad: Tuan Mohamad Azizul Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 14) melawat ditapak Kaunter Merayatkan Ekonomi Negeri Selagor (MES) di Pasar Malam Taman Seri Selayang,

Tuan Azizul Berkata, Program sebegini harus diadakan ditempat tempuan orang ramai seperti Pasar pagi, Pasar Malam dan di Pasaraya atau pusat belibelah.

ini kerana ramai lagi rakyat negeri selangor tidak mengetahui Progam MES ini, Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah banyak memberi kemudahan kepada rakyat.


Selasa, 14 Disember 2010

HARI MESRA MPS, DAN MAJLIS BERKHATAN ANJURAN JKP ZON 13 & 14

Hari Mesra MPS JKP Zon 13 & 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Dewan JKKK Kg Baru Batu Caves, disini pagi semalam.



Ustaz Hasbullah Ridzuan Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 13, berkata selain mengadakan hari mesra MPS, diadakan juga Pertandingan Futsal, manakala seramai 45 orang kanak-kanak telah menyertai Pertandingan Mewarna diantara umur 5-12thn bagi mengcungkil bakat mereka yang sedia ada.

Disamping itu, diadakan juga majlis penyerahan sijil kepada AJK JKP yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik selama berkhidmat di zon 13 & 14 dan memberi sijil penghargaan kepada agensi Kerajaan yang berterlibat dalam program ini.

Menurutnya lagi, Kaunter pemeriksaan kesihatan juga dibuka untuk rakyat yang hadir,
mereka diberikan rawatan kesihatan pecuma dan paling meriah sekali diadakan Majlis berkhatan Tradisional beramai – ramai. Seramai 36 orang kanak – kanak diantara umur
7-12 tahun telah menyertai majlis tersebut.

Bagi memeriahkan majlis ini semburan air kepada kanak-kanak telah dilakukan untuk menyejukkan mereka sebelum majlis berkhatan dilaksanakan.

Mereka diiringi dengan menaiki lori dan irama kompang untuk mengelilingi di
sekitar Kawasan DUN Batu Caves.

Ustaz Hasbullah berkata “Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pihak terutamanya penduduk sekitar zon 13 dan zon 14 MPS, Bomba, Polis, Pejabat Kesihatan maka program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengira parti. Semoga program yang dianjurkan oleh JKP/MPS untuk menyatukan rakyat terus dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak”, ujarnya.

Ibubapa gembira diberi peluang untuk bersalaman dengan pimpinan disini terutamanya ADUN Batu caves, Ahli-ahli Majlis Zon 13 & 14 MPS, Ketua-Ketua Kampung, Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Taman dengan perjumpaan seperti ini kami dapat mengenali saf-saf pimpinan di zon kami.

“seorang pengunjung berkata agar dapat mengekalkan adat istiadat melayu. Lagipun program ini dibayar dengan murah sahaja dengan harga RM60. Kalau diklinik swasta sudah pasti harganya RM150 seorang. Dengan pendapatan ibubapa mungkin tidak mampu untuk membiayai kos tersebut”.