Pihak Jawatankuasa Penduduk Zon 14 MPS berkerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Batu Caves Mengadakan Gotong Royong Perdana Cegah Denggi, Setakat ini dilaporkan sudah 10 Kes Denggi telah berlaku di Taman Batu Caves.
Ini yang selalu kita perhatikan, masyarakat selalunya akan membiarkan tayar-tayar lama, botol kosong, bekas plastik atau lain-lain bekas yang berpotensi untuk pembiakan aedes di merata-rata tempat. Walaupun mereka sedar bahawa air bertakung boleh menjadi tapak pembiakan nyamuk aedes.
En Azahar Pengawai Kesihatan Daerah Gombak berkata: "Selagi pihak penguat kuasa tidak datang menyaman, mereka tidak akan mempedulikan perkara itu,"
Pada masa yang sama, pencegahan ini tidak akan berjaya sekiranya orang ramai tidak berperanan memastikan kawasan sekitar mereka bebas daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.
Pada peringkat Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan dan agensi lain, pelbagai tindakan telah dilakukan bagi mencegah denggi termasuk aktiviti promosi, pengesanan kes, rawatan pesakit dan penguatkuasaan.
Namun semua itu tidak akan berjaya jika orang ramai sendiri tidak prihatin dengan aspek kebersihan kediaman mereka. Kesibukan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak berbuat demikian,”
kerja membanteras aedes ini bukan kerja satu pihak saja sebaliknya semua pihak harus berganding bahu dalam menangani denggi daripada terus merebak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan